Thursday, 28 April 2016

AR RAHNU

💰 AR RAHNU DAN EKONOMI UMMAH 💰

Mari kita belajar berkaitan ar-rahnu (Sistem pajak gadai islam)

✅ Apa itu Arrahnu ?
✅ Hikmah sistem arrahnu
✅ Jenis produk yang diterima
✅ % pinjaman
✅ Upah simpan
✅ Tempoh gadaian
✅ Institusi Arrahnu di Malaysia
✅ Tips menggadai EMAS 

1⃣ Ar Rahnu (pajak gadai islam) asalnya dari perkataan "Rahn" - Gadai

Pemberi pinjam di panggil 'Murtahin' dan penggadai di panggil 'raahin'

Menyimpan emas dlm jangka masa panjang adalah menguntungkan.

Kecuali satu jer risikonya..😅Hilang atau dicuri.

Jadi salah satu alternatif ialah dengan memajaknya di Ar Rahnu.

Konsep Ar Rahnu sebenarnya sama dgn personal loan di bank.

Cuma bezanya bila kita menggadaikan sesuatu kita akan lebih berjimat cermat menggunakan duit pinjaman tersebut..😅

2⃣ Sistem pajak gadai islam membantu ummat dalam meyelesaikan maslahah(keperluan) ummat dimana sebahagian daripadanya memerlukan barang keperluan sedang tidak memiliki cash money cuma yang mereka ada adalah aset dalam bentuk barang (emas, perak & dll.)

Jadi sistem ini membenarkan mereka berhutang untuk mendapatkan cash money dengan menggadaikan sebahagian aset yang mereka ada.

Arrahnu ada asasnya dalam syara' disebut dalam al-quran dan sunnah.

Surah al Baqarah : 283.

"Dan jika kamu berada dlm musafir ( lalu kamu berhutang atau memberi hutang yg bertempoh.. Sedangkan tiada jurutulis, maka hendaklah di adakan barang gadaian utk di pegang oleh org yg memberi hutang"

Riwayat Muslim : Bab : Gadai dan keharusannya ketika bermukim dan safar, No hadith : 1603

Dari Aisyah Radhiallahu Anha : Bahwa Nabi pernah berhutang makanan pada seorang orang Yahudi dengan menggadaikan pakaian perang dari besi.

3⃣ Gold bar, dinar emas dan barang kemas

4⃣ Depends on intitusi arrahnu itu sendiri berdasarkan risiko dan kentungan yang mereka rasakan wajar. Biasanya antara 50% - 75% daripada nilai marhun

5⃣ Disamping upah simpan/caj perkhidmatan yang rendah, sistem pajak gadai islam bebas daripa unsur Riba, emas yg di simpan juga selamat. Tiada unsur penipuan semasa menimbang.

6⃣ Tempoh bayar balik yg lama biasanya 6 bulan dan boleh di lanjutkan lagi dengan syarat kena bayar upah simpan..

Sekiranya tidak ditebus.. dia akan lelong.. tapi Notis pemberitahuan akan di beri kepada tuan emas terlebih dahulu..

Hasil lelongan.. Ar Rahnu cuma ambil jumlah hutang dan upah simpan..

Selebihnya, akan di pulangkan kepada Tuan Emas..

Seeloknya beli lah Emas yg boleh diterima di Ar Rahnu spt Barang Kemas, Dinar & Gold Bar.

Emas bukan barang kawalan harga.. Jadi carilah tawaran Emas yang paling Murah..

Mengikut pengalaman saya.. paling murah adalah Barang kemas terpakai..

Kalau pergi Ar Rahnu.. dia x kira used atau New.. dia tetap kira harga yg sama😅

*Nota.. Emas yg di gadai tidak di kenakan Zakat (tidak sempurna milik) kecuali mereka yang memanipulasikan arrahnu bukan dalam keaadan terdesak(tajuk ni bincang suku nanti) .. tapi apa salahnya keluar duit sedekah kepada pusat zakat.. rezeki semakin berkat

Pilihlah kedai pajak Islam (Ar rahnu). Jangan lah pergi kedai pajak bukan Islam lagi dah..

7⃣Antara Ar Rahnu yg ada di Malaysia..

Ar Rahnu Agrobank
Ar Rahnu Bank Rakyat
Ar Rahnu Exchange
Ar Rahnu Yapeim
Ar Rahnu Pos Msia
Ar Rahnu Maidam Terengganu
Ar Rahnu Koperasi
Ar Rahnu Yayasan Perlis & Johor

Macam mana Murtahim mendapat untung?

Keuntungan mereka adalah dari :-

1. Upah simpan
2. Hasil jualan barang yg tidak ditebus oleh pemajak "Raahin".

8⃣ TIPS Menggadai Barang Kemas..

✅Pilih ar Rahnu yg paling tinggi harganya

✅Pilih ar Rahnu yg upah rendah

✅Paling baik adalah memajak emas yg berkualiti tinggi spt 999 & 916..

✅Memajak barang kemas terpakai adalah cara yg sgt bijak

✅Cari Ar Rahnu yg update harga setiap hari

✅Cari Ar Rahnu yg dekat dgn lokasi anda dan kalau boleh tempat yg tak ramai customer.

Semoga bermanfaat

#1Gram1Bulan1Keluarga

No comments:

Post a Comment