Tuesday, 10 May 2016

50 FAKTA EMAS

50 FAKTA MENARIK TENTANG EMAS.

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari zaman manusia mula menemui emas.

2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)

3.  Nombor atom untuk emas adalah 79

4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial

6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.

7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi

8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia

9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)

10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.

11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.

12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.

13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.

14. Emas digunakan ia tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik

15. Emas adalah logam peralihan

16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.

17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.

18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.

19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.

20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.

21. 1 Ounce (28.35grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)

22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent

23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain

24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.

25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.

26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red

27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat

28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.

29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.

30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg

31. Warna emas tulen adalah kuning metalic

32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.

33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)

34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)

35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.

36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.

37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.

38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.

39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.

40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.

41. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.

42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang  telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.

43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999

44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.

45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)

46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)

47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).

48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.

49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.

50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.

BEZA PINJAMAN

#AndaTanya: Apa Beza Pinjaman Bank dan Pinjaman Emas dengan ArRahnu

Pinjaman BANK
1. Anda mohon pinjaman dari BANK

2. BANK memproses permohonan

3. Apabila lulus, BANK mencipta sesuatu dipanggil "BANK CREDIT", iaitu satu bentuk WANG yang dicipta hanya dengan mewujudkan nombor yang dikehendaki di dalam akaun pelanggan. Contoh anda pinjam RM100k, dan terima bersih 98% atau RM98k, maka BANK akan cipta "BANK CREDIT" sebanyak RM98k dan memasukkan nombor tersebut ke dalam akaun anda. Tak percaya? Pernahkah anda menerima "CASH" semasa menerima pinjaman? Anda hanya perlu hadir dan tandatangan kertas perjanjian, dan bila anda ke ATM anda dapati wang sudah berada di dalam akaun anda. Adakah anda fikir wang berkenaan adalah wang sebenar?

4. "BANK CREDIT" apabila diluluskan akan menambahkan lagi jumlah WANG yang berada di pasaran, melalui kebolehan BANK mencetak wang (signiorage) - telah dibincangkan sebelum ini. Anda sebenarnya bukan meminjam WANG hasil dari simpanan orang lain di BANK, tapi WANG yang direka dan diadakan atas permintaan PINJAMAN anda. Dengan kata lain anda membayar HUTANG kepada BANK yang keluarkan WANG dari sumber yang BANK itu sendiri tidak punyai

Pinjaman ArRahnu
1. Anda ada EMAS baru boleh pinjam

2. Apabila meminjam EMAS anda akan dicagarkan, dan anda terima TUNAI

3. WANG yang anda terima itu bukan nombor yang dimasukkan ke akaun, ia TUNAI yang anda boleh uruskan terus. Ini juga bermakna, WANG berkenaan wujud dan bukan dicetak sesuka hati oleh mana-mana entiti. WANG tersebut bukan "BANK KREDIT". Ia merupakan WANG yang telah ditetapkan maksimum transaksi bagi setiap ArRahnu yang wujud, dengan kata lain ia adalah "REAL MONEY"

4. Tiada BUNGA hanya UPAH SIMPAN, kerana ArRahnu adalah sistem simpanan, dan bukan sistem pinjaman, dan anda BEBAS mengeluarkan EMAS anda pada bila-bila masa anda mampu menggantikan WANG yang anda pinjam, walaupun hanya 1 hari selepas pajakan dilakukan. ArRahnu yang tidak membenarkan pajakan dikeluarkan awal sewajarnya dielakkan, kerana sistem yang dibawa sudah berubah kepada pinjaman bercagaran

Pilihan di tangan anda 😊

Selamat Mencuba 😊

Say NO

🚫 10 JENIS BUKAN YANG ANDA KENA TAU TENTANG POWERGOLD.BIZ 🚫

1. 🚫 Bukan skim pelaburan/bayar duit goyang kaki.
2. 🚫 Bukan syarikat dari Luar negara/syarikat orang asing.
3. 🚫 Bukannya memaksa anda suruh cari-cari orang.Nak bonus lebih sharing je.
4. 🚫 Bukan syarikat yang tipu/tidak sah/tidak berdaftar.
5. 🚫 Bukan bayar duit, emas syarikat pegang. Awak kasi duit, Powergold beri emas.
6. 🚫 Bukan skim cepat kaya. Powergold adalah perniagaan jangkamasa sederhana dan panjang.
7. 🚫 Bukanlah bisnes yang menuntut anda mendahulukan modal beribu² ringgit.
8. 🚫 Bukan skim piramid. Powergold menggunakan system binary hybrid.
9. 🚫 Bukanlah menjanjikan anda bulan dan bintang. Kejayaan atas hasil usaha. Man Jadda Wa Jada.
10. 🚫 BUKANNYA ANDA BUAT,SAYA YANG DAPAT.ANDA BUAT,ANDA DAPAT!!!

💯% Syarikat bumiputera Islam

😎 JOM SIMPAN EMAS💪

#andabuatandadapat

ZAKAT EMAS

Zakat emas -

Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab

- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.

- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.

Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)

Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

2. Zakat emas yang dipakai.

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.

Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000

= RM400

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)

Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram

Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:

= 250 gram – 150 gram (uruf)

= 100gram

Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)

(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)

= 2.5% x (100 gram x RM157.00)

= RM392.00

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

Pengiraan zakat perak.

Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.

- Haul ialah tempoh masa setahun

- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)

Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%

Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999

Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500

Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500

= RM112.50

Kesimpulan.

Saya berharap agar topik ini membantu anda memahami persoalan zakat emas dan perak. Ini kerana zakat merupakan kewajipan terhadap orang Islam yang cukup syarat. Sebagai pelabur sudah tentu kita inginkan kekayaan dunia dan kekayaan di akhirat . Keberkatan di dunia dan keberkatan di akhirat.

Monday, 2 May 2016

TREND SIMPAN EMAS

TREND SIMPANAN EMAS

Trend simpanan Emas sudah lama bermula, sejak zaman-berzaman lagi. Orang tua kita juga memesan kepada kita agar menyimpan Emas, namun ada yang mereka tidak beritahu kita, kerana mereka sendiri tidak tahu...

Apa yang dimaklumkan kepada kita adalah berdasarkan pengalaman mereka yang terlebih dahulu makan garam dan menyaksikan sejarah harga Emas yang naik untuk jangka masa panjang.

Sejarah Emas sebenarnya dari zaman firaun lagi. Sesiapa yang memiliki Emas pada waktu itu dianggap kaya...

Pada zaman sekarang juga, sesiapa yang memiliki Emas yang banyak akan dianggap kaya. Siapa yang tidak mahu kaya dan berjaya...?

Tahukah anda bahawa EMAS adalah WANG yang sebenarnya...?

Inilah yang ramai salah faham. Ramai menganggap Emas sebagai pelaburan semata-mata.Emas lebih kepada simpanan tetapi secara tidak langsung ia juga berfungsi sebagai instrument pelaburan.

EMAS KEGUNAAN ZAMAN BERZAMAN....

TIPS BK

❇Tips Barang Kemas (BK)❇

🔺Nama2 BK :
  Pasir, Putera, Puteri, Gajah, Pintal, gila2, Mesin, Melur, vitara, sauh, snake skin, Buloh, biji sawi, ketumbar, Jagung, Love, Pandora etc

🔹Jenis2 BK
1. Stamping : Ringan, sbb belakangnya kosong, tak bertutup

2. Hollow : Ringan/sedikit berat. Hampir sama dgn stamping, tetapi Belakang nya bertutup. Rupa cam besar, tapi Kat dalam kosong.

3. Padu : Padat, tidak berongga, kebiasaannya berat 10g keatas.  Sekiranya cincin, 5g pon dah padu.

TIPS BK

❇Tips Barang Kemas (BK)❇

🔺Nama2 BK :
  Pasir, Putera, Puteri, Gajah, Pintal, gila2, Mesin, Melur, vitara, sauh, snake skin, Buloh, biji sawi, ketumbar, Jagung, Love, Pandora etc

🔹Jenis2 BK
1. Stamping : Ringan, sbb belakangnya kosong, tak bertutup

2. Hollow : Ringan/sedikit berat. Hampir sama dgn stamping, tetapi Belakang nya bertutup. Rupa cam besar, tapi Kat dalam kosong.

3. Padu : Padat, tidak berongga, kebiasaannya berat 10g keatas.  Sekiranya cincin, 5g pon dah padu.